Manusia
di seluruh dunia menggunakan 100 bilion plastik setiap tahun, iaitu
bersamaan dengan penggunaan tenaga dari 12 juta tong minyak. Ini lebih
dari 250 beg plastik seorang setiap tahun.
Setiap minit, sejuta beg plastik digunakan oleh manusia di seluruh
dunia. Angka ini semakin bertambah. Beg palstik adalah pembunuh. Setiap
tahun, berpuluh ribu ikan paus, burung,
penyu, anjing laut mati disebabkan plastik. Haiwan ini mungkin menyangka
plastik sebagai obor-obor, kemudian memakannya. Oleh kerana plastik
memerlukan 1,000 tahun untuk lupus, apabila haiwan yang memakannya mati
dan lupus, plastik akan kekal kembali semula kepada alam, membawa
ancaman yang berterusan kepada haiwan marin dan darat.
Hampir setiap dari plastik yang telah dihasilkan masih wujud sampai hari
ini dan kita berterusan menyumbang kepada pertambahan kehadiran plastik
dalam alam sekitar. Untuk mengitar semula plastik, ia memerlukan kos
yang lebih tinggi dari kos menghasilkannya.
Negara Yang Telah Mengharamkan Plastik
- Bangladesh
- Rwanda
- bandar San Francisco, AS
Negara Yang Mengenakan Cukai Tinggi Terhadap Plastik
- China
- Ireland
- Israel
- Kanada
- India
- Botswana
- Kenya
- Tanzania
- Afrika Selatan
- Taiwan
- Singapura
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment